Terkini! Presiden MIC dilantik Duta Khas ke Asia Selatan

Terkini! Presiden MIC dilantik Duta Khas ke Asia Selatan

Presiden MIC, S A Vigneswaran kini merupakan Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan.

Memetik laporan FMT, jawatan terbaharu itu disebut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika berucap mengumumkan nama pemimpin yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

“Yang berhormat S A Vigneswaran yang merupakan Presiden MIC, mewakili masyarakat komuniti India yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan,” katanya ketika mengumumkan antara pemimpin yang hadir ke majlis itu.

Sebelum ini bekas Presiden MIC, S Samy Vellu turut pernah dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 2011, bagaimanapun pun jawatan itu dimansuhkan ketika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 2018.

CATEGORIES

COMMENTS