Langgar SOP berulang kali: Najib kini sedang diperhati Khairy

Langgar SOP berulang kali: Najib kini sedang diperhati Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan memberikan perhatian terhadap aktiviti bekas Perdana Menteri, Najib Razak semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka selepas dituduh berulang-kali melanggar SOP.

“Mengenai pematuhan SOP PRN di Melaka, perkara dibangkitkan sudah pasti Yang Berhormat Pekan (Najib) dalam perhatian saya setiap hari.

“Saya akan maklumkan pada pihak penguat kuasa,” katanya semasa ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa ada melihat satu video yang memaparkan Najib didakwa menghadiri program kempen dengan menandatangani sebuah motosikal di Melaka.

Rayer juga meminta Khairy memberi perhatian berhubung isu itu dan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada Najib yang didakwa tidak mematuhi SOP PRN Melaka ditambah dengan kes Covid-19 di negeri itu dan Negeri Sembilan telah meningkat

“Kemasukan ke hospital juga meningkat,” kata Rayer.

Beliau turut menawarkan untuk menghantar video kempen Najib itu kepada Khairy bagi membantu siasatan ke atas Ahli Parlimen Pekan kerana melanggar SOP.

Khairy kemudian secara sinis menyindir: “Ya, malu apa Bossku”.

“Bossku” ialah gelaran yang diberikan kepada Najib selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

CATEGORIES

COMMENTS