Gila! Dua lelaki rogol kanak-kanak perempuan 6 tahun

Gila! Dua lelaki rogol kanak-kanak perempuan 6 tahun

Dua lelaki Arkansas mengaku merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selepas sebuah hospital mendapati mangsa menghidap pelbagai penyakit kelamin.

New York Post melaporkan, Demarcus George, 27, dan Mario Waters, 33, pada perbicaraan mahkamah persekutuan di Little Rock, minggu lalu, mengaku melakukan hubungan seksual dengan anak kecil itu.

Selain itu mereka juga terbabit dalam pemerdagangan seks membabitkan mangsa, kata pendakwa raya.

Kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah atas konspirasi melakukan pemerdagangan seks kanak-kanak itu.

Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk pengakuan bersalah sebagai pertukaran supaya kes itu tidak dibicarakan.

Itu akan mengelakkan kanak-kanak itu daripada memberi keterangan di mahkamah.

George dan Waters dituduh selepas kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kanak-kanak Arkansas pada Februari 2018 kerana mengalami simptom yang kemudian disahkan doktor berpunca daripada penyakit kelamin.

Budak itu memberitahu penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bahawa George dan Waters merogolnya di bilik hotel, kata pendakwa raya.

Sampel darah dan air kencing daripada dua lelaki itu menunjukkan kedua-duanya didapati positif jangkitan hubungan seksual (STI) yang kemudian didapati menjangkiti gadis kecil itu.

Sementara itu, penyiasat turut menemui hotel di Little Rock dipercayai lokasi kejadian berlaku.

Ia berdasarkan penerangan diberikan mangsa termasuk langsir berada di tengah-tengah bilik dan gambar tertentu tergantung di dinding.

Rekod kewangan hotel menunjukkan ibu gadis itu, yang kehilangan hak penjagaan anaknya kerana kejadian berkenaan, membayar untuk sebuah bilik dengan kad kredit pada Mac 2018.

“Jenayah dilakukan terhadap kanak-kanak ini mengingatkan kita betapa pentingnya pegawai penguat kuasa undang-undang bersedia menyiasat dan menghentikan tindakan ngeri ini.

“Pengakuan bersalah ini akan menyelamatkan mangsa muda daripada perlu menceritakan semula pengalamannya di kandang saksi perbicaraan,” kata pemangku Peguam AS Jonathan D Ross dalam satu kenyataan.

Kedua-dua lelaki itu, akan berdepan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan itu.

CATEGORIES

COMMENTS