erbekalkan majoriti 530 undi, calon PN itu yang juga bekas Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya yang melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding membuat kejutan menewaskan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Kekalahan itu mengejutkan ramai pihak yang seperti tidak percaya kubu kuat itu tumbang ketika BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang PRN negeri dengan majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, beliau lega apabila undi awam jelas banyak memihak kepadanya kerana mereka percaya beliau boleh membela nasib penduduk di situ.
Kekalahan itu tegasnya, tidak mematahkan semangat juangnya dan semua itu bukan alasannya untuk kecewa sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dalam DUN Sungai Udang.
“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk di Sungai Udang yang telah mengundi saya begitu juga kepada jentera parti yang bertungkus lumus membantu sepanjang PRN lalu,” ujarnya.