Terkini! Harga barang terus naik, kali ini harga ikan pula naik mendadak

Terkini! Harga barang terus naik, kali ini harga ikan pula naik mendadak

Kenaikan harga ikan di pasaran ketika ini bersifat sementara berikutan kekurangan bekalan ekoran musim tengkujuh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, LKIM sentiasa memantau bekalan ikan di pasaran bagi mengelakkan kenaikan harga yang mendadak sehingga membebankan pengguna.

“Ini situasi normal yang berlaku dalam pasaran kerana apabila musim tengkujuh atau ribut di laut, pendaratan ikan berkurangan sebab nelayan tidak ke laut. Maka harga naik sikit.

“Sekarang, ikan yang disimpan peniaga secara sejuk beku dikeluarkan terlebih dahulu untuk menstabilkan pasaran,” katanya selepas Program Jelajah Prihatin Nelayan dan Penyerahan Bantuan Kotak Ikan Berinsulasi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi, di Jeti Sungai Kelubong, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kenaikkan harga ayam mempengaruhi kekurangan bekalan dan kenaikkan harga ikan, Syed Abu Hussin tidak menolak kemungkinan berkenaan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan peniaga ikan di Perlis mendakwa kenaikkan harga ikan di negeri itu disebabkan kekurangan bekalan hingga terpaksa mengimport ikan dari Thailand.

CATEGORIES

COMMENTS