Panas! Netizen kecam ustaz ‘jari tengah’ guna orang asli sebagai bahan lawak dalam ceramah

Panas! Netizen kecam ustaz ‘jari tengah’ guna orang asli sebagai bahan lawak dalam ceramah

Video ceramah ustaz Ahmad Husam yang menggunakan kisah orang asli sebagai bahan jenaka, tular di laman Twitter baru-baru ini. Pengguna media sosial yang mendengar kandungan video tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pendakwah bebas tersebut.

Berhenti Guna ‘Orang Asli’ Sebagai Bahan Jenaka

Ustaz Ahmad Husam yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi menunjukkan jari tengah dalam sebuah ceramahnya di masjid kini, menerima kritikan pengguna media sosial kerana menjadikan kisah orang asli sebagai bahan lawak jenaka.

Orang ramai mahu perkara seperti ini dihentikan, apatah lagi pendekatan berdakwah dengan memperlekehkan bangsa dan kaum bukanlah perbuatan yang dipandang tinggi.

“Wahai ustaz-ustaz di Malaysia, boleh hentikan gunakan kami Orang Asli sebagai bahan jenaka kamu. Boleh?”

“Ianya sangat menyinggung perasaan dalam banyak tahap. Manusia ni pula ingat dia tukang lawak. Teriak punchline bukan main lagi. Memalukan.”

“Ini lelaki yang sama tunjuk fuck dalam masjid. Lelaki ini bodoh. Bukan ustaz dalam mana-mana standard. Bodoh siapa yang dok dengar dan percaya cakap dia.” Komen warganet

Memalukan Gelaran Ustaz

Ramai pengguna media sosial di Twitter berkongsi pandangan bahawa tindakan ustaz tersebut memalukan nama gelaran ustaz itu sendiri, dan sekaligus akan membuatkan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam sukar untuk hormat pada orang Islam.

“Jangan panggil dia ustaz lah, buat malu nama ustaz je. Orang macam ni panggil “penceramah bebas” je. Sembang kuat. Macam mana lah orang nak hormat Islam perangai pun macam ni.”

“Kebelakangan ni aku tak tahu lah kenapa terlampau ramai “ustaz” muncul dengan macam-macam gelaran. Senang sangat ke nak dapat gelaran ustaz ni? Lepas tu masing-masing nak tunjuk siapa paling hebat buat lawak sambil berceramah.”

“Menjengkelkan gila dengar suara ustaz ni. Ni ceramah agama ke atau ceramah lawak?? Nauzubillahhiminzaliq.” Komen warganet lagi.

CATEGORIES

COMMENTS