Pelik! Muhyiddin batalkan dan bayar pampasan RM320 juta, kini Ismail Sabri nak teruskan balik projek HSR

Pelik! Muhyiddin batalkan dan bayar pampasan RM320 juta, kini Ismail Sabri nak teruskan balik projek HSR

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan, kata rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong.

Perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Lee berkata cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail di Singapura hari ini.

Lee berkata, walaupun kedua-dua negara bersetuju membatalkannya sebelum ini, Singapura terbuka dengan cadangan baru Malaysia dan menteri pengangkutan masing-masing akan membincangkannya.

“Singapura menanti maklumat lanjut daripada Malaysia supaya kita dapat kaji dan pertimbang semula – bermula daripada wal,” Lee dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

CATEGORIES

COMMENTS