Terkini! Khalid umum KL City dapat bonus jika berjaya benam JDT

Terkini! Khalid umum KL City dapat bonus jika berjaya benam JDT

Bonus kemenangan bakal menanti pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) sekiranya pasukan itu mampu membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) di final Piala Malaysia yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad, insentif itu sebagai suntikan semangat buat skuad Warga Kota di pentas akhir nanti.

“Kita memang menjanjikan bonus kepada semua pemain jika mencapai kemenangan sebagai juara Piala Malaysia ke-100 itu, satu pencapaian yang mengatasi segala harapan kita sebelum ini.

“Hadiah ini kita akan bagi kepada pemain sebagai bonus dan saya yakin penaja juga akan memberi imbuhan kepada pemain. Jumlah kita tak perlu sebut kerana bukan pasal apa, pasal malu banding dengan bonus yang JDT berikan,” katanya pada sidang media khas di Stadium Bolasepak KL, Cheras, seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Skuad bimbangan Bojan Hodak mara ke final buat pertama kali selepas 32 tahun. Untuk rekod, KL muncul juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada 1987, 1988 dan 1989.

CATEGORIES

COMMENTS