Terkini! Anak Shahrizat pula dilantik pengarah MDEC

Terkini! Anak Shahrizat pula dilantik pengarah MDEC

Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh, anak kepada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil telah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Laman web MDEC menyatakan pelatikannya ke jawatan itu berkuatkuasa pada 1 Dis.

Izzana juga merupakan pengarah di TalentCorp, dan ahli panel pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Biodatanya menyebut Izzana berkelulusan sarjana dalam pentadbiran awam daripada Universiti Harvard, dan sarjana dalam pentadbiran perniagaan daripada Imperial College Business School.

Memetik laporan Malaysiakini, pelantikan itu menimbulkan tanda tanya di media sosial kerana Izzana merupakan defendan dalam tuntutan mahkamah yang dilancarkan kerajaan terhadap keluarganya untuk menuntut semula hutang RM253.6 juta daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kes itu masih dalam perbicaraan dan dijangka disambung semula di mahkamah pada Januari.

Selain Izzana, orang lain yang terlibat dalam saman itu termasuk ibu bapanya Shahrizat dan Mohamad Salleh Ismail, serta adik-beradik Wan Shahinur Izran dan Wan Shahinur Izmir.

Izzana telah disaman atas kapasitinya sebagai bekas pengarah NFC.

CATEGORIES

COMMENTS