Panas! Ulamak Pas dedah Pas dah banyak bersabar dengan sikap Umno yang suka membuli

Panas! Ulamak Pas dedah Pas dah banyak bersabar dengan sikap Umno yang suka membuli

Seorang tokoh terkenal PAS mengakui parti itu memang “terasa hati” dengan sikap Umno ke atas mereka namun tetap bersabar demi “menjaga persaudaraan” serta menganggapnya “nikmat Allah”.

Menurut Mokhtar Senik ada tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak bermaruah kerana beberapa pemimpin tertinggi Umno “membuli” partinya.

Dalam keadaan begitu pun, katanya, PAS tidak mengisytiharkan hubungan mereka dengan Umno melalui Muafakat Nasional sudah putus.

“PAS bukan tak dengar dan tak terasa hati dengan serangan Umno dan perbuatan Umno terhadap PAS, namun PAS melihat suruhan Allah agar menjaga persaudaraan dan ianya adalah sebahagian daripada nikmat Allah lebih utama daripada serangan Umno itu,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

Hubungan PAS-Umno dan keberadaan Muafakat Nasional yang ditandatangani kedua-dua parti semasa mereka menjadi pembangkang dulu kini menjadi tanda tanya ramai.

Hal itu berpunca daripada sikap PAS terus kekal dengan Bersatu dan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) di sebalik persefahaman yang dimeterai dengan Umno terlebih dulu.

Pada 4 Dis lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka menolak gagasan MN kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Di bawah masih cintakan MN

Kata Abdul Hadi berdasarkan piagam MN, PAS dan Umno sedia menerima parti-parti lain Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila tiba di peringkat pelaksanaan.

Dakwa duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu, Umno hanya mahu parti itu dan PAS berada dalam MN.

Mengulas dakwaan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata anggapan mereka memungkiri piagam MN adalah tidak benar.

Mohamad kemudian mengingatkan PAS bahawa MN bukannya ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripada persefahaman tersebut.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya.

Menurut Mokhtar PAS juga bersabar dengan sikap Umno kerana serangan yang ditujukan kepada mereka bukanlah daripada seluruh ahli sebaliknya hanya “beberapa individu saja”.

Bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang gagal mendapat undi mencukupi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pemilihan baru-baru ini menambah, di sebalik sikap pemimpin tertentu, ada tokoh lain yang cenderung kepada MN.

“Mengapa melihat Umno itu hanya Ahmad Zahid Hamidi ,Tok Mat (Mohamad) Hassan dan (Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad) Mat Said?.

“Lihatlah sama Annuar Musa, Ismail (Sabri Yaakob) dan Shahidan Kassim.

“Juga lihat sama ahli Umno di bawah yang masih cintakan MN.

“Lalu sebagai harakah dakwah PAS terus bergerak dengan semangat dakwahnya bukan hanya semangat politik,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS