Panas! Bengang dilabel loklak, Sanusi bidas balik Puad Zarkashi

Panas! Bengang dilabel loklak, Sanusi bidas balik Puad Zarkashi

Usikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi disambut oleh Muhammad Sanusi Md Nor – yang disifatkannya sebagai menteri besar paling loklak.

Sanusi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas panjang tetapi sempat membidas Puad kerana menghentamnya hari ini.

No (tiada) komen! Puad ini objek yang tidak berada dalam radar politik pada ketika ini.

“Ada sesiapa tahu dia berada di planet mana?” sindir Sanusi.

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.

Puad hari ini menulis ringkas di Facebook dengan menyifatkan Sanusi sebagai menteri besar paling loklak, “dulu, kini dan selamanya”.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad di Facebooknya.

Malah, kata Puad, ketua menteri Pulau Pinang daripada DAP Chow Kon Yeow lebih baik berbanding Sanusi.

Puad tidak menyatakan secara khusus berhubung isu sebenar yang dimaksudkannya. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut Puad.

Meskipun begitu, rata-rata daripada warganet meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini berhubung isu bola sepak.

Sebelum isu, Sanusi juga menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Awal tahun ini pula, terdapat perbalahan antara Sanusi dan Kon Yeow apabila Sanusi dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah jika masalah itu tidak selesai.

CATEGORIES

COMMENTS