Panas! Ismail Sabri akhirnya akui Umno berkuasa bukan sebab menang pilihanraya

Panas! Ismail Sabri akhirnya akui Umno berkuasa bukan sebab menang pilihanraya

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kembalinya UMNO memegang tampuk pemerintahan negara bukan kerana menang lebih 112 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau berkata, dengan kudrat yang dimiliki UMNO selepas PRU-14 lalu, tidak mungkin parti keramat itu akan kembali menerajui pentadbiran negara dan memperoleh jawatan Perdana Menteri.

“Sekarang, kita (UMNO) seolah-olah tak sedar perkara itu, seolah-olah tidak peduli parti lain kerana kita pegang tampuk kuasa. Jangan kita ulangi kesilapan lalu.

“Kita perlu teruskan objektif kita iaitu menyatupadukan orang Melayu dan rakyat. Malang jika UMNO menjadi punca perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, UMNO tidak boleh meminggirkan asas perjuangannya iaitu menjadi penyatu kepada orang Melayu.

“Sekarang, ada beberapa kem dalam parti, kita tidak boleh menafikannya, besar atau kecil ada sedikit pergeseran.

“Kita belum memerintah kita sudah bergesel, perlu diingat bahawa kita masih dalam zon kekalahan. Kita lupa bahawa perpecahan boleh membawa kepada keruntuhan parti,” katanya.

Beliau dalam pada itu berdoa agar kesepaduan UMNO terus kukuh bersama satu keluarga.

“Saya harap keluarga ini juga kita jadikan konsep dalam UMNO, iaitu kita ahli UMNO ialah sebuah Keluarga UMNO,” katanya, menurut laporan Utusan.

CATEGORIES

COMMENTS