Panas! Najib bengang gambarnya bermain golf di Singapura tersebar di media sosial

Panas! Najib bengang gambarnya bermain golf di Singapura tersebar di media sosial

Bekas perdana menteri Najib Razak membidas pengkritik yang mempersoalkan keberadaannya semasa dia melawat Singapura.

Najib, yang mendapat kembali pasportnya buat sementara bagi melawat anaknya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua di Singapura, bertanya jika dia disangka perlu menghabiskan masa 24 jam sehari bersama cucunya itu.

Ini selepas gambar Najib bergambar di sebelah Rolls Royce dan bermain golf di Singapura tersebar di media sosial.

Najib berkata Rolls Royce itu milik jutawan Singapura Sam Goi Seng Hui yang telah berbincang mengenai pelaburan dengannya. Goi turut dilihat dalam gambar-gambar itu.

“Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura,” kata Najib pada hantaran di Facebook.

Najib berkata Goi merupakan pemilik Sutera Harbour Resort di Sabah dan peminat dasar ekonomi Malaysia semasa dia menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018.

“Encik Sam kata dia adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan saya semasa saya PM dan minta untuk diperkenalkan dengan saya.

“Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia.

“Adakah ianya salah bagi saya untuk gunakan masa peribadi saya untuk beri pandangan saya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun saya bukan PM lagi dan bukan Menteri,” soalnya.

Najib pada Julai 2020 dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Sementara menunggu rayuan, pasport Najib dikembalikan kepadanya sehingga 6 Dis bagi membolehkan dia pergi ke Singapura untuk bersama anak perempuannya Nooryana Najwa Najib yang baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib pada 8 Dis, sejurus selepas Najib pulang dari Singapura.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

CATEGORIES

COMMENTS