Sepasang suami isteri dera anak kerana kuat makan

Sepasang suami isteri dera anak kerana kuat makan

Seorang kanak-kanak lelaki didera oleh ibu bapa dan abangnya hanya kerana dia sering menghabiskan makanan.

Menurut polis, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kerap didera ibu bapanya di rumah mereka di Padang Lawas Utara, Sumatera Utara.

Jurucakap polis, Roman Smaradhana Elhaj berkata, ibu bapa dan abang kanak-kanak itu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan pengakuan ketiga-tiga suspek itu, mereka sering mendera mangsa kerana sikapnya yang suka menghabiskan makanan.

“Mangsa pernah dipukul menggunakan getah tayar terpakai sehingga badannya luka hanya kerana makan nasi dua kali,” katanya.

Perkara yang menimpa kanak-kanak itu disedari oleh seorang penduduk kampung yang menemukan mangsa dalam keadaan penuh luka pada badannya.

Selepas itu, penduduk kampung tersebut memuat naik video menunjukkan mangsa memberitahu dia sering dipukul keluarganya kerana sering menghabiskan makanan.

Video itu tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis.

Sementara itu, ketiga-tiga suspek boleh dipenjara tiga tahun jika disabit kesalahan.

CATEGORIES

COMMENTS