Panas! Bengang EXCO Pas tak buat kerja, Arafat hadiahkan Razman seekor ayam segar mahal

Panas! Bengang EXCO Pas tak buat kerja, Arafat hadiahkan Razman seekor ayam segar mahal

Anggota Dewan Undangan (Adun) Hulu Kinta, Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membuat kelainan dengan membawa ayam segar ketika berbahas berkaitan harga barang keperluan asas.

Dia memegang dan menunjukkan ayam itu kepada wakil rakyat lain kerana tidak puas hati dengan kenaikan harga barang.

Dia juga membawa resit bagi membuktikan harga ayam itu yang dibeli di kawasan Gunung Semanggol, Perak.

“(Ini) hadiah kepada Gunung Semanggol sebab resit ayam ini dari Gunung Semanggol.

“Maknanya dalam resit ini, untuk makluman datuk speaker, sebelum 7 haribulan ada ayam di Semanggol sendiri dah mencecah RM10 lebih,” katanya.

Katanya, walaupun selepas itu harga maksimum ayam diturunkan, masalah itu masih menyusahkan rakyat.

Arafat berkata dia terpaksa membawa ayam segar itu kerana menurutnya tiada sebarang tindakan diambil oleh exco berkaitan.

“Apa yang sebagai exco dia lakukan? Ada tak pernah buat pertemuan, dialog bersama peruncit-peruncit? Ada tak buat dialog dengan pengusaha-pengusaha?

“Ada tak pertemuan dan dialog dengan pemborong-pemborong untuk melihat masalah rakyat sebenarnya?” soalnya.

Ketika berbahas, terdengar seorang Adun lain mencelah: “Ayam itu letaklah, balik buat rendang.”

CATEGORIES

COMMENTS