Khalid Samad turun padang, bantu mangsa banjir di Shah Alam

Khalid Samad turun padang, bantu mangsa banjir di Shah Alam

Ekoran banyak kawasan di Shah Alam terjejas akibat banjir kilat sejak dua hari lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggerakkan inisiatif membeli kayak kembung atau ‘inflatable’ kayak bagi membantu orang ramai yang terjejas.

Menurut Twitter Parti Amanah Negara, Khalid bersama pasukan sukarelawan dan ARiF kini sedang giat menghantar makanan ke kawasan yang terputus hubungan di sekitar Shah Alam.

“Banyak kawasan terputus hubungan. Tak dapat dilalui walaupun dengan 4×4.

Khalid (topi merah) bersama sukarelawan bantu menyediakan makanan untuk mangsa banjir

 

“Terdesak dengan keadaan ini, YB  Khalid Samad  terdetik membeli Inflatable Kayak di Decathlon untuk keperluan kecemasan dan segera. Moga boleh membantu sementara menunggu bantuan pihak berwajib,” tulis Setiausaha Politiknya, Azli Yusof.

“kami telah bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk terus sampaikan makanan kepada mereka yang terputus hubungan,” ciap Khalid pula di Twitter.

Sejak malam tadi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam telah menggerakkan usaha memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara di Seksyen 24.

Pihak keselamatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah dikerah dan sedang bergerak dalam kapasiti penuh untuk membantu mangsa banjir dan melancarkan perjalanan mereka yang terkandas.

CATEGORIES

COMMENTS