Ustaz Ebit Lew doakan rakyat Malaysia selamat dari musibah banjir

Ustaz Ebit Lew doakan rakyat Malaysia selamat dari musibah banjir

“Ya Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selamatkanlah Malaysia daripada musibah banjir besar ini”.

Demikian doa yang dititipkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dari Masjid Nabawi, Madinah susulan banjir yang melanda beberapa negeri sejak semalam.

“Dengan kasih sayangMu, selamatkanlah setiap yang dalam kesakitan, kesusahan, kelaparan, terputus bekalan makanan, elektrik dan air.

“Jagakanlah setiap yang terdesak dan yang memerlukan. Ya Allah pandanglah kami dengan kasih sayangMu, Ya Allah. Bantulah, jagakanlah keluarga dan semua jiran kami, Ya Allah,” doa beliau.

CATEGORIES

COMMENTS