Lelaki ini dakwa bencana alam tiada kaitan dengan maksiat hatta urusan akidah

Lelaki ini dakwa bencana alam tiada kaitan dengan maksiat hatta urusan akidah

BENCANA TAKDA KAITAN DENGAN MAKSIAT HATTA URUSAN AQIDAH..

Antara kebodohan para asatizah, seperti Kiyai di Indonesia mengaitkan bencana alam dengan Maksiat dan urusan Aqidah..Sebagai kata si Dusuki kaitkan gempa di Palu dengan perbuatan Syirik Masyarakatnya di Palu, begitu juga rakan kebodohannya si nazmi Karim..

Masa Gunung Jerai Kedah dilanda Banjir besar aku dah menulis dan menjangkakan Bencana besar, Ianya disebabkan Perubahan Iklim, Fenomena alam walaupun ada sahabat kaitkan dengan Pembalakan.. Menulis perlu ada Ilmu dan bersifat Adil jauh dai kecenderungan Politik dan Agama..

Tulisan aku pada 27 Ogos 2021

WABAK MUNGKIN AKAN HILANG DENGAN BENCANA BESAR..APAKAH AKAN MUNCUL TAHUN KELAPARAN ? INI YANG TERTULIS DALAM SEJARAH ISLAM..

1- Sejak terjadinya banjir besar di gunung Jerai Kedah, Ramai yang membangkitkan soal pembalakan, dalam kes ini mungkin aku berbeza pandangan.. Apa yang berlaku di Yan kedah atau Gunung Jerai itu sebenarnya fenomena yang berlaku di Dunia hari ini akibat dari perubahan Iklim..

2- Apa yang berlaku di Kedah itu bagi aku terlalu kecil berbanding apa yang berlaku di wilayah Henan (di tengah China), menyaksikan peningkatan drastik taburan hujan sehingga mengakibatkan banjir besar turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 nyawa terkorban, dengan 100,000 penduduk dilaporkan terkesan.. Kita dapat lihat video bagaimana ramai terperangkap dibawah terowong MRT disana..

3- Apakah arus banjir besar, tanah runtuh fenomena alam ini hanya berlaku di China ? Tidak.. Ia Berlaku di jepun, German hatta Turki.. Sekurang-kurangnya 74 orang terkorban dan 47 yang lain dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Laut Hitam Turki..

4 – Apakah fenomena Alam ini hanya melibatkan bencana banjir dari arus Deras.. selepas banjir di China, Ribut pasir dari gurun Gobi menenggelamkan bandar Dunhuang, ada tempat yang mengalamai cuaca Kering, Panas melampau, Turki juga mengalami berlaku kebakaran besar di Marmaris, wilayah Mugla, Turki yang mengorbankan 6 orang.. begitu juga apa yg berlaku di Israel..

5- Itu sebab aku menegur tuduhan tuduhan ustaz dalam kuliah yang bermulut Jahat dan celupar mengatakan Banjir besar dan ribut di China atas sebab sebab mereka itu musuh Islam, atas sebab penindasan di Xinjiang, Sebab ia juga berlaku di Negara Islam seperti Turki..dan Mungkin akan menguji Negara Islam hatta tanah suci di Mekah.. Masih ingat bagaimana mereka menuduh awal kewujudan wabak corona di China.. Akhirnya bukan lebih teruk negara kita berbanding China ?

Jangan ingat kita tidak terlepas dari ujian dan bala Allah sebagaimana krisis kematian yang berlaku akibat Covid-19 hari ini.. dan hari ini Tak siapa pernah menyangka kematian di Malaysia yang berlaku hari ini lebih teruk dari apa yang berlaku di Wuhan.. Itu sebab jangan sesekali melakukan Pengkhianatan dan beralku Zalim.. Allah juga boleh menguji sesiapa saja bukan menyentuh soal seseorang Itu Muslim atau Kafir..

6- Apa yang berlaku, Fenomena alam ini adalah ulang dari Sejarah Islam.. Berlaku di zaman Sahabat ketika 17-18 Hijrah, Ketika Bumi Syam diuji dengan Wabak Amwas, Selepas itu Bumi Mekah & madinah dilanda Kemarau panjang, Panas terit, terputusnya bekalan makanan, ia dikenal sebagai tahun kelaparan.. Khalifah Umar ketika itu memimpin Solat memohon turunnya Hujan..

7- Tahun ini disebut Ar-Ramadah ia dinamakan Ar ramadah menggambarkan angin menerbangkan debu seperti abu atau Ar-Ramad , tahun tersebut Tanaman kering kontang, Kekeringan bahan makanan dan sunyinya pasar dari aktiviti jual beli..Khalifah Umar ketika menyediakan keperluan makanan dari Dar Ad-Daqeeq di baitulmal dan bantuan dari Syam…

8- TAHUN WABAK DALAM SEJARAH ISLAM..

Maka peristiwa wabak dan bencan Alam ini berulang lagi di zaman Khalifah Muqtadi Billah…. Sama jer aturan alamnya,, Wabak Banjir, Ribut, Kemarau..Disebutkan di dalam Kitab Bidayah Wal Nihayah.(البداية والنهاية‎) , kebetulan ia berlaku di bulan Muharram..

..

قال ابن كثير -رحمه الله- ثم دخلت سنة 478هـ

Berkata Ibnu Katsir rahimullah, Bila masuknya tahun 478 Hijrah..

“في المحرم منها زُلزلت أرجان فهلك خلق كثير من الروم ومواشيهم ، وفيها كثرت الأمراض بالحمى والطاعون بالعراق والحجاز والشام ، وأعقب ذلك موت الفجأة ، ثم ماتت الوحوش في البرية ، ثم تلاه موت البهائم حتى عزت الألبان واللحمان.

Ketika masuk bulan Muharram, ketika itu banyak dari bekalan makanan dan binatang ternakan musnah.. Banyaknya Penyakit,Demam dan Thaun melanda wilayah Iraq,Hijjaz dan Syam yang menyebabkan ramai yang mati.. Begitu juga dengan ternakan yang menghasilkan susu dan daging turut mati..

9- TAHUN BENCANA ALAM..

Setelah wabak dan kematian, datang lah bencana Alam..

وفي ربيع الأول هاجت ريح سوداء وسفت رملا وتساقطت أشجار كثيرة من النخيل وغيرها ، ووقعت صواعق في البلاد حتى ظن الناس أن القيامة قد قامت ..

Manakala masuk pula Rabiul Awwal.. Datangnya angin debu hitam,ribut pasir ke kampungan mereka..menyebabkan dahan pokok mati daun jatuh berguguran… dentuman Kilat sambar menyambar..Penduduk negeri ini ketakutan menyangkakan ianya adalah hari hari terakhir dan Qiyamat berlaku dihadapan mereka…

10- PENYELESAIAN KHALIFAH

فخرج توقيع الخليفة المقتدي بأمر الله بتجديد الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر في كل محلة والأمر بإلزام أهل الذمة بالغيار وكسر الملاهي وإراقة الخمور وإخراج أهل الفساد .”

” Di masa itu..datanglah Khalifah Al Muqtadi Billah mengeluarkan perintah kepada seluruh gabenor(wazir) dan Umat Islam pada umumnya setelah berikhtiyar dan mengarahkan agar menegakkan perkara amal Ma’ruf dan sama-sama memerangi kemungkaran di setiap desa dan kota, kemudian menghancurkan tempat-tempat maksiat, membuang khamr dan mengeluarkan para ahli maksiat besar dari negeri itu..”

Setelah itu datanglah Pertolongan Allah maka hilang wabak..,,

– البداية والنهاية – لإبن كثير – جزء 16 – ص93

( Bidayah Wal Nihayah Jilid 16, MS 93)

11- JADI APAKAH SEMUA FENOMENA INI AKAN BERULANG ?

Sebuah agensi penyelidikan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan suhu pada bulan Julai tahun ini adalah paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia. Minggu lalu menurut Reuters pada 20 Ogos , telah berlaku hujan di puncak tertinggi litupan ais di Greenland yang direkodkan buat kali pertama minggu lalu… Ia kes pertama dalam beberapa dekad ?

Kata Peakar ia bukan petanda yang baik, Ia boleh jadi petanda buruk, Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat.. Kata Pakar Kejadian hujan di puncak Greenland bukan hal yang terpencil. Ia membawa risiko banjir, kebakaran dan banyak lagi hal ekstrem lain..Itulah hakikat apa yang berlakus Seluruh Dunia..

APAKAH AKAN TIBA TAHUN KELAPARAN..

Jika datangnya selepas wabak ini perubahan Iklim yang ekstrem, Sebenarnya inilah ancaman yang lebih menakutkan, Sudah berlaku pun krisis Ekonomi..Ramai yang kehilangan Pekerjaan dan Pendapatan, ramai yang Kelaparan..

Boleh jadi rosak nya ladang tanaman, Mati nya binatang ternakan..Kurangnya bekalan makanan dan akhirnya ia mencetuskan Inflasi dari sebab kekurangan bekalan makanan.

ia sama lah dengan Sejarah kamarau Nabi Yusuf..Apakah kita akan berhadapan dengan Tahun kelaparan sepertimana yang berlaku di Bumi Madinah ketika wabak Amwas ? Sudah pasti negara perlukan seorang pemimpin yang ada kebijaksanaan menguruskan perbendaharaan seperti Nabi Yusuf..

Jadi Bermuahasabah lah.. bencana ini juga boleh datang tanpa disangka di negara kita, Buktinya apa yang berlaku di gunung Jerai itu adalah hanya petanda dan peringatan.. ini lah aturan yang disebutkan di dalam Quran , Surah Al Baqarah ayat ke 155.. Firman Allah.

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Ipohmali
Tazkirah Jumaat
27.ogos.2021

CATEGORIES

COMMENTS