Marahkan Hanafi, rambut sikat tepi pun jadi mangsa

Marahkan Hanafi, rambut sikat tepi pun jadi mangsa

MARAHKAN HANAFI RAMBUT PUN JADI MANGSA

Tertarik dgn kenyataan Peguam Muda

BILA KISAH RUMAHTANGGA TURUT DIVIRALKAN

Sebenarnya ramai pasangan yg curang. Anda percaya tak jika saya katakan setiap hari ada sahaja pasangan yg curang samada suami atau isteri. Bezanya mereka tahu menjaga maruah suami atau isteri atau juga mantan masing2.

Sepanjang hidup saya kisah suami curang ini ramai tapi dlm masa sama tak kurang 10 kes isteri curang hingga tahap berzina pun ramai yg kawan (suami) saya hadapi. Bezanya tidak diviralkan dan hanya rakan2 terdekat sahaja mengetahuinya.

Bila ada medsos ini cium bidadari, bersolat, bersedekah, honeymoon, aktiviti bersama keluarga, percutian, bersukan, aktiviti sosial, menari, berselfie setiap hari dan mcm2 lagi semuanya kita ingin pertontonkan. Tak mengapalah asal jgn melampau.

Tapi jika kisah kau bergaduh laki bini (hal rumahtangga).. tak kiralah suami serbu isteri berselingkuh di hotel atau isteri serbu suami berselingkuh pun mahu diviralkan. Keduanya saya tidak setuju.

Tak kiralah taraf Dr sekalipun… sy anggap ia mengaibkan pasangan, aibkan keluarga serta anak2 dan perkara yg bodoh dilakukan. Soal siapa bersalah bukan persoalannya tetapi kewajaran viral kisah rumahtangga ia bukan budaya yg baik utk masa mendatang.

Saya bimbang ia akan jadi satu budaya. Di mana semuanya ingin ditunjukkan kpd dunia. Sb itu kena belajar agama. Tuhan suruh tutup aib orang malah aib kita sendiri walaupun soal berselingkuh ini.

Sebab apa Tuhan suruh sb gak mahu apa yg berlaku skg ini.

Yang malangnya emosi kaum wanita menyokong hilang soal ketidakwajaran dan mengaibkan tetapi kerana geramkan lelaki cari perempuan lain. Kes sebenar wanita marah pada wanita yg goda suaminya.

Yg jadi mangsa maki hamun suami. Cuba jika suami ambil video mcm tu… maka dikatakan suaminya kejam dan mengaibkan isteri. Marahkan Hanafi rambut sikat tepi pula dijadikan mangsa…pengsan

Hal rumahtangga memang dilarang diceritakan kpd kawan sekalipun. Ini kan diviralkan… hingga satu dunia org Melayu pun tertanya siapa Hanafi. Kaum Hawa yg beremosi fikirkan jika Hanafi itu anak anda atau adik beradik anda… fikirkan video mengaibkan itu akn boleh dilihat hingga ke anak cucu….malu tak kita?

Saya tertarik dgn komen rakan FB yg juga merupakan peguam muda bertubuh kecil ini. Sgt rasional dan profesional dlm hujahnya.

Sila baca komen peguam ini… AJ Akmal

“Saya tidak menyokong perkongsian kecurangan bekas suami tersebut. Hal peribadi tak perlu dikongsi di media social. Seeloknya berbincanglah dengan baik bersama keluarga dan jangan disebar perkara yang boleh mengaibkan. Mungkin perkongsian tersebut boleh menyedapkan hati yang tengah marah dan memberi bahan perbincangan buat netizen.

Namun secara tidak langsung perkara tersebut akan memberi kesan kepada ramai pihak terutamanya keluarga terdekat. Kesan tersebut bukan hanya hari ini sahaja tetapi untuk jangka masa berpuluh tahun akan datang terutama buat anaknya yang masih kecil.

Apa yang dikongsi akan kekal sampai bila-bila. Sampai gambar kahwin beberapa tahun lepas turut dikongsi semula. Anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa akan diingatkan tentang perkara tersebut sampai bila-bila.

Wahai wanita ingatlah!

Suami tu bukan hak abadi. Kalau tak diambil orang mungkin akan kembali kepada pencipta-Nya.

Jadi minta suami ambil hibah untuk anda. Sekarang ada caruman kwsp i-sayang jadi jangan lupa.

Beli rumah jangan pakai nama suami dan jangan kongsi bayar.

Beli rumah ke kereta ke pakai nama sendiri minta suami bagi duit dan kita bayar sendiri pakai duit tu. Apa-apa jadi halau je keluar. Rumah nama kita.

Sekian.

Ikhlas daripada Menteri Wanita”

Norman Radzuan

CATEGORIES

COMMENTS