Wanita AMANAH Parit Buntar anjur Pasar Peduli Rakyat kurangkan beban penduduk

Wanita AMANAH Parit Buntar anjur Pasar Peduli Rakyat kurangkan beban penduduk

AWAN Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar komited dalam mengurangkan beban penduduk terutama melibatkan barangan keperluan harian.

Penyelaras Program, Norhasniza Md Saad berkata, pelaksanaan Program Pasar Peduli Rakyat , dengan pengurangan harga barangan keperluan harian lebih rendah berbanding harga pasaran , di mana Pusat Khidmat menanggung kos pengurangan itu bagi membantu penduduk .

“Terbaru, Pasar Peduli Rakyat diadakan di Perkarangan Masjid Parit Tok Ngah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan .

“Minyak masak, beras, gula, tepung dan sebagainya dijual dengan harga yang sangat berpatutan” katanya

Menurut Norhasniza, sebelum ini, program ini telah diadakan di Batu 11 Jalan Pantai, Simpang Tiga, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang turut mendapat sambutan penduduk.

“Dengan pelbagai barangan keperluan di sediakan, penduduk di Parit Tok Ngah dan kawasan sekitar  beramai-ramai mendapatkan keperluan harian mereka.

“Program Pasar Peduli Rakyat akan terus diadakan dalam Parlimen Parit Buntar mengikut jadual yang telah di tetapkan” katanya

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dan isteri turut hadir beramah mesra dengan penduduk yang hadir membeli barangan keperluan.

Semasa ditemui, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, program Pasar Peduli Rakyat adalah sumbangan kecil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan AWAN Parit Buntar untuk membantu penduduk yang sedang berhadapan dengan kenaikan harga barang yang tinggi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Parit Tok Ngah yang membenarkan Pusat Khidmat menggunakan kawasan parking masjid untuk melaksanakan program ini.

“Sebelum ini, Masjid Parit Tok Ngah pernah dipilih untuk Program Jelajah Masjid semasa saya menjadi Menteri Agama, yang turut membabitkan jualan barangan keperluan oleh YaPIEM.

“Insyaallah, saya harap YaPIEM dapat terus membantu penduduk di kariah Masjid Parit Tok Ngah,” katanya.

Sementara itu, selepas program jualan ini, isteri Ahli Parlimen Parit Buntar , Ustazah Zuraida Husin bersama AWAN Parit Buntar dan Biro Kebajikan AWAN Perak telah menziarahi penduduk yang uzur dan sakit untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Ziarah rahmah ini melibatkan lima rumah penduduk di Parit Tok Ngah dan Batas Raja, Tanjung Piandang.

CATEGORIES

COMMENTS