AMANAH Perak turun padang, bantu mangsa banjir di Temerloh

AMANAH Perak turun padang, bantu mangsa banjir di Temerloh

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. AMANAH di peringkat negeri-negeri mengambil langkah turun ke kawasan dilanda banjir besar dalam operasi pembersihan rumah mereka yang terjejas.

Di Temerloh, AMANAH Perak diketuai Datuk Asmuni Awi menghulurkan bantuan tenaga dan sumbangan keperluan kepada penduduk terlibat.

“AMANAH Perak membawa barang bantuan berupa 100 toto, 100 dapur dan 200 bantal. Pasukan Perak akan menumpukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Temerloh,” katanya dipetik Facebook rasmi Parti AMANAH Negara.

Sementara itu di Sepang, AMANAH Kedah berserta AWAN Jerlun dan ARiF Jerlun turun membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Bukit Changgang, Banting.

Turut membersihkan kediaman berselut di kampung tersebut ialah ADUN Kota Siputeh, Dr Salmee Said.

Beliau berpendapat usaha membersihkan segenap inci rumah ditenggelami bah besar memakan masa lebih lama tanpa bantuan orang ramai.

“Alhamdulillah, jam 3 petang sebentar tadi (semalam), selesai mencuci sebuah rumah yang agak besar ini. Dapat juga melihat keceriaan wajah tuan rumah setelah berhari mengusahakan untuk membersihkan rumah.

“Semoga dengan bantuan tenaga kerja hari ini dapat meringankan beban yang digalas mereka. Banyak barangan terpaksa dibuang, semoga mereka sekeluarga diberikan kekuatan dan kesihatan,” kata Dr Salmee.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin mengucapkan terima kasih kepada pasukan AMANAH Kedah yang bersama-sama membantu dalam operasi pembersihan rumah mangsa banjir di RTB Bukit Changgang.

“Semoga usaha ini akan meringankan beban tuan rumah yang terlibat dengan banjir baru-baru ini,” kata Facebook rasmi Amanah Sepang4Sepang.

Dalam hal berkaitan, Pusat Operasi Bencana Alam (POBA) Nasional mengalu-alukan sebarang sumbangan kewangan bagi keperluan mangsa banjir di Pahang seperti periuk nasi, tilam, blender dan dapur gas.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun berikut:

MAYBANK : 5642 9432 6721
TABUNG AMANAH PEDULI
NOTA: #BANJIRPAHANG

Sila WhatsApp resit sumbangan untuk tujuan audit. Maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat POBA Nasional di talian 019-2333461.

CATEGORIES

COMMENTS