Binatang! Duda rogol OKU hingga hamil

Binatang! Duda rogol OKU hingga hamil

Seorang duda ditahan selepas disyaki merogol anak rakannya sendiri yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam sehingga wanita itu hamil sembilan minggu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 51 tahun dipercayai merogol mangsa semasa menumpang di rumah keluarganya di sini pada bulan Mei hingga Disember lalu.

Menurutnya, bapa saudara mangsa curiga melihat perubahan fizikal wanita OKU berusia 23 tahun itu semasa mengambilnya di rumah kira-kira pukul 8.45 malam, Isnin lalu.

“Selepas itu, bapa saudaranya telah membawa mangsa membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Selayang, Selangor sebelum dia disahkan mengandung sembilan minggu.

“Bapa saudara mangsa terus membuat laporan polis. Berdasarkan laporan itu, polis terus menahan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu di rumah mangsa pada Rabu lalu,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai telah dirogol beberapa kali oleh suspek sepanjang lelaki itu menumpang di rumah keluarganya.

Ujarnya, berdasarkan pemeriksaan, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkait kes jenayah dan dadah selain ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

CATEGORIES

COMMENTS