Sadis! Gara-gara enggan melakukan hubungan seks, remaja dirogol, dibunuh, kepala dipenggal dan direbus

Sadis! Gara-gara enggan melakukan hubungan seks, remaja dirogol, dibunuh, kepala dipenggal dan direbus

Seorang ahli farmasi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana merogol seorang pelajar sebelum memenggal dan merebus kepala gadis itu di dapur kediamannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh Ayazhan Edilova, 19, secara kejam selepas mangsa pergi ke rumah suspek untuk mengambil ukuran badannya bagi menghasilkan sepasang sut.

Laporan menyebut bahawa suspek melakukan serangan seksual terhadap pelajar jurusan fesyen itu selepas mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Suspek turut bertindak mencabut kesemua gigi mangsa bagi menghapuskan bukti pembunuhan, namun polis menemui kepala mangsa yang sedang direbus di dapur kediamannya.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Edilova memasuki lif bersama Torebekov, yang juga merupakan kali terakhir gadis itu dilihat dalam keadaan masih hidup.

“Apabila kami melihat gambar anggota badan mangsa, kami mendapati semua kuku dan giginya telah ditanggalkan dan diletakkan di dalam sebuah beg plastik berasingan,” kata abang mangsa, Almat Mulikov.

Hakim Erkin Maishinov menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada suspek.

Dia juga turut diperintahkan untuk membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian daripada pampasan kepada keluarga pelajar itu.

CATEGORIES

COMMENTS