Panas! Penggondolan hutan simpan dapat kelulusan kerajaan negeri Pahang?

Panas! Penggondolan hutan simpan dapat kelulusan kerajaan negeri Pahang?

PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

1. Saya sungguh terkejut apabila menerima satu salinan surat kelulusan “menggondolkan”Hutan Simpanan Kekal Lakum di DUN Lanchang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang kepada sebuah syarikat persendirian beralamat di Kuantan. (Sila rujuk foto surat).

2. Surat itu dihantar kepada saya selepas tular di media sosial video drone yang menunjukkan keadaan Hutan Simpanan Kekal Lakum yang gondol (gambar) dan dipercayai antara punca banjir luarbiasa yang merosakan ribuan rumah rakyat di lembangan Sungai Semantan di hilir kawasan berkenaan khususnya Lanchang, Mentakab dan Temerloh beberapa hari lalu.

3. Kandungan surat itu dengan jelas bukan sahaja membenarkan syarikat terbabit mengeluarkan saki-baki kayu jaras (sebelum ini hanya tebangan berpilih pokok dewasa dibenarkan bagi pembalakan Hutan Simpanan Kekal), tetapi juga “menggondolkan” hutan berkenaan secara PAJAKAN kononnya bagi PENUBUHAN LADANG HUTAN.

4. PERSOALAN SATU: Dari mana Kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mendapat ilmu atau kaedah perhutanan yang mengatakan Hutan Simpan Kekal perlu gondol atau dibotakkan seperti dalam gambar bagi tujuan menanam semula anak benih pokok balak? Tidakkah secara azalinya spesis anak pokok balak seperti Merbau dan Meranti hanya boleh hidup dan membesar dalam persekitaran semulajadi yang teduh di celah-celah kanopi pokok hutan?

5. PERSOALAN DUA: Adakah sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat persendirian boleh sesuka hati memohon lesen memajak dan menggondolkan Hutan Simpan Kekal di Pahang seperti contoh surat kelulusan itu atau hanya syarikat kroni sahaja yang dibolehkan?

6. PERSOALAN TIGA: Bangsa manakah yang mendapat manfaat utama dari DASAR GONDOL DAN PAJAK HUTAN SIMPAN KEKAL oleh Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai sudah membabitkan ratusan ribu hektar setakat ini termasuk di Hutan Simpan Lesong, Hutan Simpan Kemasul, Hutan Simpan Tembeling, Hutan Simpan Lepar dan Hutan Simpan Endau Rompin? Adakah ia akan memberi manfaat kepada rakyat Melayu dan Pribumi temptan?

7. PERSOALAN EMPAT: Adakah kesemua Hutan Simpan Kekal yang sudah diluluskan mengikut DASAR GONDOL DAN PAJAK ini BETUL-BETUL akan ditanam dengan anak benih pokok Hutan seperti Merbau dan Meranti atau ia akan ditanam dengan pokok komersil seperti Musang King, Kelapa Sawit dan Getah?

8. PERSOALAN LIMA: Berapa ribu hektar lagi Hutan Simpan Kekal di Pahang yang sedang dan akan diluluskan menerusi DASAR GONDOL DAN PAJAK ini?

9. PERSOALAN ENAM: Adakah kawasan yang sudah DIGONDOL DAN DIPAJAK ini masih lagi berstatus Hutan Simpan Kekal dalam statistik pengurusan hutan simpan mapan yang sering diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno selama ini?

Oleh KHAIDIR AHMAD

CATEGORIES

COMMENTS