Panas! Ustaz Azhar Idrus dakwa maksiat, judi punca bencana banjir besar berlaku

Panas! Ustaz Azhar Idrus dakwa maksiat, judi punca bencana banjir besar berlaku

Tuduhan bencana banjir besar yang berlaku adalah kerana bala yang diturunkan oleh Allah kerana tidak rapatkan saf ketika bersolat jemaah di masjid adalah tidak benar.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus melalui satu perkongsian ceramahnya di Facebook berkata, tuduhan yang dibuat itu langsung tidak tepat dan terlebih dahulu perlu belajar ilmu fardu ain.

“Ini perlunya belajar fardu ain, jangan la sibuk kaji dajjal, ashabul kahfi, kaji yahudi Israel semua. Fardu ain tidak belajar. Tak salah nak kaji tapi belajar dulu.

“Hukum rapat sah wajib atau sunat? Hukum dia adalah sunat yang wajibnya adalah solat, ulamak Feqah berkata, siapa yang sengaja tidak rapatkan saf tidak berdosa, tapi kalau rapatkan dapat pahala,” jelasnya.

Katanya lagi, menurut beberapa kitab, Allah menurunkan bencana besar adalah kerana dua sebab iaitu pertamanya adalah melakukan maksiat dan benda haram termasuk berjudi secara terang-terangan.

“Manakala kedua adalah, orang yang sepatutnya mencegah dan menegur tetapi mereka berdiam maka Allah menurunkan azab seperti ini.

“Jadi di situlah azab diturunkan, orang jahat kena orang baik pun kena, maka jika disebutkan bencana inilah ujian kepada orang beriman, jika kena kepada musuh Allah itu adalah azab,” jelasnya.

Katanya, jika ingin mengulas pasal bencana atau apa-apa sekalipun, biarlah faham tentang ta’arif (pengenalan) terlebih dahulu.

“Bahaya, kita ni dah la tidak tahu apa-apa, bagitau orang. Kita dah menipu orang lain ‘like’ pula. Itu sebabnya habis selerak (kucar-kacir),” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS