Panas! Lelaki ini dakwa Ismail Sabri ingkar ketetapan MKT Umno

Panas! Lelaki ini dakwa Ismail Sabri ingkar ketetapan MKT Umno

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, tuntutan pengeluaran i-Citra berjumlah RM10 ribu adalah garis panduan UMNO kepada Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kata beliau, perkara itu sudah tertakluk dalam ketetapan mesyuarat MT UMNO pada Ogos yang lalu.

Untuk itu, tegasnya, ketetapan tersebut itu wajar dilaksanakan oleh Ismail Sabri selagi MT UMNO tidak pernah menarik baliknya.

“Selagi MT belum menarik balik ketetapan tersebut, garis panduan itu masih terpakai,” katanya lagi.

Alamak….ada garis panduan rupanya!!

Tetapi, apakah sekarang Ismail Sabri sudah lupa ketetapan tersebut?

Bagaimana pula beliau boleh lupa?

Adakah kerana jawatan Perdana Menteri sudah diperolehi, maka ia boleh dilupakan atau dibuat-buat lupa?

Jika kita perhatikan, Ismail Sabri bukan saja menolak tuntutan tersebut, malah mengatakan tidak kisah jika ada yang memakinya berikutan keengganan tersebut.

Ini menunjukkan beliau memang tidak sedia menunaikannya, meski ia adalah perkara yang dituntut oleh UMNO, partinya sendiri dan sekaligus merupakan pihak yang menyokongnya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Mahiaddin Md Yasin pada Ogos lalu.

Jika sudah begitu pendirian Ismail Sabri, apakah UMNO masih mahu berdiam diri lagi?

Mengapa masih mahu menyimpannya sebagai Perdana Menteri?

Pemimpin jenis apa Ismail Sabri ini kalau tuntutan parti sendiri pun dia buat tak peduli?

ShahbudinHusin 02/01/2021.

CATEGORIES

COMMENTS