Panas! Tular pelawak terkenal pertikai kualiti peranti pengesan digital e-Bracelet, baru pakai dah rosak

Panas! Tular pelawak terkenal pertikai kualiti peranti pengesan digital e-Bracelet, baru pakai dah rosak

Peranti pengesanan digital ataupun e-Bracelet yang terjejas apabila tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya terhadap seorang individu baru-baru ini sudah beroperasi semula seperti biasa.

QuickMed yang memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini menyatakan mereka sudah menghantar juruteknik ke alamat kuarantin individu terbabit bagi menyelesaikan segera isu itu selain kesal dengan insiden berkenaan.

“Kami (QuickMed) sudah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terbabit. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas kini beroperasi semula seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Semalam, portal tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki menerusi video yang dimuat naik di laman sosial beliau mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Sementara itu, QuickMed memaklumkan Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) dilengkapi teknologi Global Positioning System (GPS) digunakan untuk pemantauan secara real-time terhadap individu yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut QuickMed, sejak HQMS digunakan bermula 8 Disember lalu, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut dengan pembetulan segera telah dilaksanakan oleh pasukan teknikal mereka.

Justeru, QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasukan operasi mereka bersedia membantu sekiranya isu sedemikian berulang.

“Pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03-3000 8856 atau e-mel [email protected] sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.quickmed.care.

QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions yang dilantik untuk memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara tiba dari negara berisiko tinggi dan juga kes positif sudah dinilai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

CATEGORIES

COMMENTS