Panas! Pelakon terkenal mengaku melacur kerana masalah kewangan

Panas! Pelakon terkenal mengaku melacur kerana masalah kewangan

Pelakon sinetron Indonesia, Cassandra Angelie, sedang disiasat pihak berkuasa selepas dia mengakui pernah dilanggan lima kali sebagai pelacur.

Ketua Polis Metro Jaya, E Zulpan, berkata siasatan dilakukan untuk mengetahui siapakah individu yang menggunakan khidmat aktres terbabit sebagai pelacur dalam talian.

“Berdasarkan pemeriksaan, CA baru melakukan aktivit pelacurannya sebanyak lima kali dan individu individu terbabit bukan dari kalangan pegawai kerajaan,” katanya dipetik Liputan 6.

Zulpan berkata, Cassandra terbabit dalam kancah itu disebabkan pelawaan rakannya, dan polis tidak menolak pelanggan yang menggunakan khidmat pelakon terbabit terdiri daripada tokoh terkenal.

Bagaimanapun, polis tidak menahan Cassandra meskipun dia dinamakan sebagai salah seorang daripada suspek namun jika kemudian disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara.

Cassandra dicekup ketika melakukan aktiviti terlarang itu di sebuah hotel mewah di Jakarta Pusat pada 29 Dis tahun lalu.

Jenayah itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti pelacuran yang berlaku di beberapa hotel di kawasan sekitar Jakarta.

Ketika serbuan dilakukan, Cassandra dan pelanggannya ditangkap dalam keadaan telanjang di kamar hotel.

Selain pelakon itu, turut ditahan dalam serbuan tersebut tiga orang lelaki yang bertindak sebagai bapa ayam.

Dalam satu penjelasan kepada polis, Cassandra mengaku terpaksa melakukan aktiviti persundalan kerana terdesak untuk mendapatkan wang. Dia mendakwa mengalami masalah kewangan yang teruk akibat impak Covid-19.

Ditanya kemungkinan polis untuk mendedahkan nama lelaki hidung belang terbabit, Zulpan bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak ingin membuat andaian semberono.

“Kami tak ingin berandai-andai. Kami hanya bercakap mengikut fakta saja,” tegasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Nasional Antikekerasan Terhadap Perempuan mendesak polis mendedahkan maklumat mengenai suspek.

Namun, Zulpan berkata, setakat ini tiada tindakan akan diambil terhadap mereka namun pendirian itu boleh berubah jika salah seorang daripada isteri pelanggan Cassandra membuat laporan polis.

CATEGORIES

COMMENTS