Lelaki ini tempelak KJ, Lockdown sepatutnya tak dilaksana sejak awal lagi, bukan ketika kerajaan dah tak mampu

Lelaki ini tempelak KJ, Lockdown sepatutnya tak dilaksana sejak awal lagi, bukan ketika kerajaan dah tak mampu

Kata KJ, kita tidak mampu lagi laksanakan Lockdown. Tahun lepas, siapa masih ingat Najib menjerit jerit suruh buat Full Lockdown sebelum PM tebuk atap si Abah mahu laksanakan Lockdown kedua. Aku dah kata Full Lockdown tak berkesan. Dan ianya jelas berlaku.

Masih ingat, ketika Kerajaan PH tak mahu buat lockdown, dapat kawal wabak dengan baik. Masa tu kes baru 2 kes sehari. Tapi itu dijerit jeritkan Pembangkang yang jahat seperti PAS dan UMNO. Tapi lihat akibat Lockdown, bukan hanya Ekonomi rakyat jadi mangsa, hatta Agama dan Ibadah Ummat Islam.

Siapa baca tulisan aku dari dulu, aku jelas menolak Lockdown. Cukup tutup dan kawal rentas Negeri dan Daerah. Aku cenderung kita mencontohi Korea Selatan. Sebenarnya sejak MAC 2020 kita tak sepatut laksana Lockdown. Lockdown dilaksanakan masa tu kes harian tak sampai 300 sehari. Ada hari kes 2 digit tapi ada tujuan Politik lain ianya dilaksanakan.

Bukan hanya Ekonomi hancur, hatta Ibadah Ummat Islam. Kawasan hijau, yang takda kes pun Masjid tutup. Negeri sifar kes solat berjarak. Masa bulan April 2020 jelas aku tulis, tujuan kita hanya menghidarkan Mudharat wabak Covid-19 dan situasi di kampung tak boleh disamakan dengan dengan bandar. Situasi di Zon Hijau tak boleh disamakan dengan Zon Merah, kaedah mesti berbeza mengikut ukuran dan kadar mudharatnya.

Sepertimana Kaedah Fiqh menyebut..

ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها

“Apa yang dibolehkan kerana dharurat maka ianya diukur menurut kadar kemudaratannya…”

Orang yang mempercayai Lockdown jalan penyelesaian, sama seperti Dokttor hat beriman dan mempercayai Tochkseen satu satunya jalan keluar dari bahaya wabbbak dan padennmeek.

Awal Jun 2021 kata PM Tebuk Atap masa tu, kata Ketua Pengarah si TS Noor Hisham, sasaran mereka mahu sasar kes turun 4 ribu kes, setelah PKPD dilaksanakan awal Julai. Ia masih gagal. Aku dah kata, PM tebuk atap sebenarnya masuk perangkap jahat Najib Razak yang minta Full Lockdown.

Bila Ismail Sabri jadi PM pertengahan Ogos, kes masih tinggi. Kes di atas 20 ribu. Masa tu waktu kemuncak. Kes Kematian tinggi. Kenapa tak buat Full Lockdown. Sebenarnya ia hanya permainan Politik jahat Najib sama seperti dakwa dia pengeluaran KWSP mampu pulihkan Ekonomi. Semua tu pembohongan yang ramai bani Melayu percaya.

Tapi tu lah.. Lihat hari ni. Kes masih 3 ribu. 2 ribu satu hari. Betapa zalimnya fatwa jarak solat ketika kes 2 digit sehari. Apalagi tempat di zon hijau dan sifar kes pada tahun 2020. Bukan hanya menjejaskan ibadah. Bertapa besarnya kehancuran Ekonomi. Ada yang hilang kerja. Ada hilang seluruh simpanan. Ia terjadi sebab lemahnya Kerajaan khianat dan tebuk atap.

Seteruk mana Kerajaan khianat. Sejahat mana bukti penyangak dan penyamun 1MDB. Bertapa hancur Ekonomi org melayu, Agama Islam. Yang penting orang Melayu perlukan cash, Cash is King. Yang tetap disalahkan cina dan DAP..!

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS