Dah comfirm remaja yang curi tabung masjid ada kes dadah, jadi adakah boleh kita belasah dan aibkan dia?

Dah comfirm remaja yang curi tabung masjid ada kes dadah, jadi adakah boleh kita belasah dan aibkan dia?

Petang tadi ramai sahabat kalangan bani PAS komen, seakan merayakan penemuan yang curi Tabung Masjid tu ada kes dadah. Pada depa, padanlah dia boleh diaib dan dimalukan atau diperlakukan. Aku pun antara yang membenci kaki dadah yang banyak menjadi punca jenayah. Tapi bukan bermakna aku sokong mereka diaibkan.

Sikap sebahagian penyokong PAS dan pak lebai inilah point yang aku nak sampaikan. Mudah menghukum. Ia bukan berlaku kalangan pendokong, Tok Imam, hatta ada Mufti. Ulama hatta Penguat kuasa Agama. Sebelum ini di Kelantan, pencuri diikat di tiang dan depa belasah.

Aku tegur ni berulang kali. Baru baru ni aku tegur penguatkuasa yang usung wartawan dalam operasi pencegahan maksiat di malam tahun baru. Apa yang aku tegur, soal mengaibkan pesalah.

Dalam tulisan aku semalam jelas aku mulakan dengan kata, nak hukum.. hukum lah. Tapi tak perlu diperlakukan dan diaibkan. Serah kepada anggota polis. Bayangkan jika ayah atau anak kamu yang kaki dadah dimalukan, apa perasaan?

Jika ramai yang berasa puas, maksudnya pemikiran dan kefahaman beragama kita begitu teruk. Itu sebab semalam aku sentuh dan tunjukkan tentang Hakim Frank Caprio. Tapi masalah bani Melayu ni bagi hadis bahasa Arab tak faham. Bagi video bahasa orang putih pun tak faham.

Dalam video tu, bagaimana seorang pesalah jalanraya seorang Truck Driver yang dihadapkan ke mahkamah berterima kasih kepada Hakim tersebut. Sebab apa? Masa muda dia, dia berulang kali dihadapkan ke mahkamah kerana sering memandu mabuk.

Sehinggalah satu hari hakim itu bertanya kepada dia. Hakim bertanya dan menyampaikan pesanan. Apakah dia mahu kekal seperti ini sehingga mati, atau berubah menjadi somebody? Dan akhirnya dia berubah jadi lebih baik.

Apa yang dilakukan Hakim Frank Caprio itu dilakukan oleh Nabi SAW pernah suatu ketika didatangkan kepada Nabi seorang yang digelar “Himar” kerana sering berjenaka dihadapan Nabi. Tetapi dia orang yang sering mengulangi dosa meminum arak.

Satu hari ketika dihadapkan di hadapan Nabi dan dilaksanakan had (rotan) ke atas nya, sebahagian Sahabat telah melaknat peminum arak ini dengan katanya:

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ

Seorang lelaki pun berkata, ” Ya Allah, laknatlah dia kerana dia berulangkali melakukan hal yang sama”.

Apa kata Nabi?

لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Janganlah kamu melaknatnya. Demi Allah tidak aku ketahui melainkan dia ini mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Bukankah Nabi juga mengiktiraf keimanan dan kecintaan seorang peminum arak kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga amal baik yang pernah dilakukan mereka.

Begitu juga sejarah melibatkan sahabat Nabi dengan nama Abu Mihjan. Panglima Islam dalam Perang Qadisiyyah yang ketagihan arak dan sering mengulang dosa dan perbuatannya meminum arak.

Apa yang nak disampaikan kat sini, sistem keadilan, Perundangan Syariah dan Islam perlu letak kefahaman yang betul. Dalam Islam yang penting adalah prinsip adil, sifat adil. Bukan Uqubat dan hukuman.

Mungkin suatu hari nanti Allah uji datang dari ahli keluarga yang terlibat dengan dadah. Ada yang jadi pondan baru tahu. Kat tempat aku ada pondan yang ayah dia Ustaz dan Tok Imam. Tapi itulah ujian bagi dia.

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS