Bekas posmen kongsi pengalaman jadi pemandu lori kontena

Bekas posmen kongsi pengalaman jadi pemandu lori kontena

Menurut Nur Rahmat Zainal, 23, setiap kerjaya ada cabarannya yang tersendiri, namun dia cekal berhadapan suka-duka demi mencari sesuap rezeki.

Berbeza 360 darjah. Begitulah yang diungkapkan bekas posmen ini apabila bercerita mengenai kerjaya baharunya sebagai pemandu lori kontena.

Kata Rahmat, bekerja sebagai pemandu lori ada cab4rannya yang tersendiri.

“Kebiasaannya saya bawa lori 14 tayar ataupun 16 tayar. Dari segi barang yang dibawa pula, ia bercampur-campur. Plastik, coklat, barang-barang besi pun ada mengikut kilang-kilang tertentu.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai posmen dalam tiga tahun. Kemudian saya mula bawa lori pada tahun 2020. Minat untuk bawa lori dah lama ada. Kebetulan, dalam keluarga saya ramai yang bawa lori. Ayah, abang dan bapa saudara saya merupakan pemandu lori.

Mesra disapa Rahmat, dia yang menetap di Tanjung Karang, Selangor berkata, sifat berani perlu ada dalam diri individu yang mahu bergelar sebagai pemandu lori.

“Pekerjaan ini sudah tentu jauh berbeza dengan kerja lama. Dulu bawa motor sebagai posmen, kemudian terus bawa lori kontena. Banyak ris1ko dalam bidang kerja ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kehidupan normal juga terpaksa dik0rbankan apabila banyak masanya dihabiskan di dalam kenderaan berkenaan.
“Kalau tak berani, jangan bawa lori. Yang penting kena sentiasa berhati-hati dan fokus. Hanya doa ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan ini.

Video:

“Kerja ni susah nak balik rumah. Biasanya saya mula kerja seawal 8 pagi, dah habis perjalanan tu, belum tentu boleh balik awal. Pernah juga sampai awal pagi baru balik.

“Orang selalu tanya dan ada tanggapan bahawa kerja ini gajinya besar, tapi mereka tak nak tanya ke kami kerja macam mana? Habis pukul berapa? Kalau sibuk kerja, kadang-kadang tidur dua ke tiga jam saja.

“Tapi paling penting sekali, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita,” ujar anak keempat daripada sembilan beradik itu.

“Selain dalam Selangor, saya juga bawa lori sehingga ke Johor, Terengganu, Perak dan banyak lagi.

Disamping meneruskan rutin kerjanya seperti biasa, Rahmat turut berkongsi realiti yang dihadapinya menerusi bingkisan video di aplikasi TikTok.

Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar.
RAHMAT

“Biasanya saya suka kongsi video di Instagram Story dan status WhatsApp. Kemudian saya kongsi pula di TikTok. Tak sangka akan viral macam ni.

Siapa sangka, video-video yang dikongsi meraih perhatian ramai sehingga dia turut dihujani pelbagai pertanyaan mengenai cabang kerjaya itu.

“Ada juga yang komen, mereka bergurau kata nak tumpang lori saya. Yang tanya mengenai pekerjaan ini pun ada,” ujarnya lagi.

Dalam temubual sama, Rahmat turut menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan khususnya ketika memandu berdekatan dengan kenderaan berat.

Rahmat turut berkongsi rutin kerjanya menerusi video di TikTok.

“Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar. Tapi ada dalam kalangan mereka yang tak nak mengalah.

“Kepada mat motor, abang-abang kakak yang naik kereta… kalau lalu sebelah lori, berdekatan lori, tolong berhati-hati dan beri laluan.

“Lori nak masuk simpang, tolonglah mengalah. Jangan menyelit, jangan potong lori, kemudian brek depan lori. Tolong jangan buat. Lori kalau ada isi berat, ia tak boleh terus brek. Dah brek pun masih berjalan,” pesannya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS