Syarikat penerbangan tambang murah baru bakal beroperasi, akan menjadi pesaing AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah baru bakal beroperasi, akan menjadi pesaing AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah baharu, diterajui bekas pegawai penerbangan awam dan dua veteran industri itu, dilaporkan telah menerima kelulusan bersyarat untuk lesen dan dipercayai bakal beroperasi tidak lama lagi.

Syarikat itu dipercayai menandatangani pajakan dua pesawat Airbus A320 “pada kadar pajakan murah”, menurut seorang penganalisis penerbangan, dan mungkin menjadi mencabar penguasaan AirAsia.

Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.

Berita mengenai dua syarikat penerbangan baharu ini dilaporkan oleh laman web kewangan The Edge Markets yang memetik sumber dan laporan broker saham.

Menurut portal kewangan itu, kelulusan bersyarat untuk lesen perkhidmatan udara telah diberikan selama setahun, membolehkan syarikat penerbangan itu mengendalikan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual.

Menurut laporan, usahawan Goh Hwan Hua dipercayai bakal mengawal 98% kepentingan melalui dua syarikat, Zillion Wealth Bhd dan Trillion Cove Holdings Bhd.

Turut bersama Goh selaku lembaga pengarah ialah bekas Ketua Pengarah Penerbangan Awam Azharuddin Abdul Rahman; bekas Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airport Holdings Bhd, Abd Hamid Mohd Ali; dan bekas Ketua Jualan dan Pengedaran Kumpulan AirAsia, Teo Kheng Hock.

The Edge Markets berkata, syarikat penerbangan baharu yang lain, SKS Airways, akan memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan itu dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.

Syarikat itu berkata, ia memberi tumpuan kepada penerbangan domestik jarak dekat ke pulau dan pantai peranginan.

CATEGORIES

COMMENTS