Bimbang lambat kahwin, Luna Maya siap-siap dah bekukan sel telur

Bimbang lambat kahwin, Luna Maya siap-siap dah bekukan sel telur

Setiap perempuan sudah pasti sangat ingin merasai pengalaman mengandung, beranak dan akhirnya memiliki cahaya mata dari benih sendiri. Walau bagaimanapun, ramai yang terpaksa akur dengan takdir belum dikurniakan rezeki tersebut selagi tidak bertemu dengan pasangan secocok dan juga berkahwin.

Tidak lari daripada menantikan urusan jodoh tak kunjung tiba

Begitulah juga dilema yang perlu dilalui pelakon terkenal, Luna Maya sebelum dikongsikan menerusi satu rakaman YouTube Venna Melinda. Jelas wanita berusia 38 tahun tersebut, dia juga tidak lari daripada menantikan urusan jodoh yang belum kunjung tiba.

Aku udah freeze egg kak…Sebenarnya nak buat dari 4 tahun yang lalu, tapi baru kesampaian tahun lepas

Oleh sebab itu, aktres ini mendedahkan sudah pun siap-siap menjalani proses membekukan sel telur (ovum) tahun lalu. Perancangan tersebut ingin dilakukan 4 tahun lalu, namun baru berkesempatan selepas mengenal pasti pusat berkenaan di Indonesia. Difahamkan, ovum tersebut akan dibekukan, disimpan untuk proses fertilization kelak. Lantaran itu, kini Luna sudah tidak lagi merasa tergesa-gesa untuk berkahwin dan lebih tenang menjalani hidupnya seperti biasa.

Sudah berbaik-baik dengan Ariel…Tak tolak jika ditakdirkan kembali bersama

Menerusi portal mStar, Luna mendedahkan kini sudah pun berbaik-baik dan saling berhubung dengan bekas teman lelakinya yang juga vokalis kumpulan Noah. Dalam pada itu, pengacara tersebut juga tidak menolak jika ditakdirkan mereka berdua kembali menjalinkan hubungan seperti dulu.

CATEGORIES

COMMENTS