
Lelaki ini sanggup beli seekor burung merpati pada harga RM586,361 tular di media sosial
Lelaki ini sanggup beli seekor merpati dengan harga RM586,000. Sebelum ini, tular di media sosial seekor burung merpati dijual pada harga RM439,771. Burung merpati dengan nama Jaguar itu menjadi burung termahal yang pernah dijual di kalangan penggemar merpati.
Tidak lama selepas itu, terdapat seekor lagi burung merpati yang dijual pada harga yang lebih tinggi. Burung merpati bernama Rampok itu dijual dengan harga RM586,361.
Menerusi laporan laman berita Suara.com pada 20 November 2021, Yunius Martin, 41, dari wilayah Jawa Tengah, membeli burung merpati istimewa yang bernama Rampok itu daripada seorang lelaki dari Jawa Barat.
Menurut Yunius, pada awalnya, burung yang mempunyai bulu berwarna putih dan coklat itu mahu dibeli pada harga RM498,407, namun pemiliknya hanya bersetuju untuk menjual burung itu pada harga RM586,361.