Gurun Sahara tiba-tiba muncul pasir terapung yang kelihatan seperti nilam bercahaya biru

Gurun Sahara tiba-tiba muncul pasir terapung yang kelihatan seperti nilam bercahaya biru

Laman sosial Reddit memaparkan satu penemuan menakjubkan di Gurun Sahara, iaitu sebuah kawasan yang berkilauan dengan warna biru kelihatan seperti air, namun ada pembentukan pasir tepat di atasnya, lapor akhbar Daily Star pada 17 Januari 2022.

Seperti yang kita tahu bahawa sekitar 65 peratus daripada planet ini belum diterokai, sama ada kawasan landskap bawah air yang luas, atau bahagian hutan hujan Amazon. Banyak perkara yang hanya boleh kita lihat menggunakan teknologi Google Maps.

Dalam penemuan misteri terbaharu, pengguna aplikasi pemetaan Google Maps telah menemui bahagian aneh di Gurun Sahara, yang dipercayai belum pernah diteroka oleh manusia secara fizikal.

Kawasan tersebut diberi nama Blue Upside Nike kerana berbentuk muncung terbalik dan menampilkan warna biru berkilauan.

Kawasan pelik itu sebenarnya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menaiki penerbangan ke rantau itu menggunakan laluan Aeroport Regional De Reggane, yang terletak kira-kira satu kilometer(km) dari tapak penemuan tersebut.

Pengguna Reddit yang menemui kawasan itu, OutOfBounds_Matrix, menyifatkannya sebagai hamparan nilam bercahaya biru yang indah.

“Kawasan yang menarik di Sahara. Kelihatan pasir terapung. Kawasan biru kelihatan seperti nilam bercahaya atau sejenis pasir bercahaya biru.

“Grid di sekelilingnya kelihatan seperti buatan manusia, terbentang lebih daripada 75km dari utara ke selatan dan 200 meter di antara setiap garisan grid,” jelasnya.

Kawasan yang lebih asing boleh dilihat hanya beberapa ratus meter di utara pembentukan hamparan pasir biru. – Foto Google Maps.

CATEGORIES

COMMENTS