Pelajar Politeknik cemerlang dalam pelajaran walaupun kena urus abang OKU dan ibubapa lanjut usia

Pelajar Politeknik cemerlang dalam pelajaran walaupun kena urus abang OKU dan ibubapa lanjut usia

Walaupun sibuk menggalas tanggungjawab di rumah, remaja ini cemerlang dalam pelajaran. Muhammad Hakimi Abdullah, 19, sanggup berk0rban menggalas tanggungjawab menguruskan abangnya yang juga orang kurang upaya (0kU) sejak lahir memandangkan ibu bapa sudah lanjut usia dan tiada kudrat untuk melakukan tugas berat itu.

Atas dasar kasih sayang dan menghargai pengorbanan orang tua, pelajar Semester Tiga Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu ini bijak membahagikan masa antara tanggungjawab menjaga abangnya Muhammad Khairul Anuar, 21, sambil mengikuti kuliah secara dalam talian.

Cemerlang, Peroleh Anugerah Dekan Tiap Semester

Remaja ini juga tidak  pernah menganggap amanah yang terpikul dibahunya itu sebagai beban. Yang lebih membanggakan, Muhammad Hakimi berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran dengan memperoleh anugerah dekan pada setiap semester biarpun perlu mendukung Muhammad Khairul Anuar ke bilik air untuk memandikannya sebanyak 2 kali sehari.

Keadaan badan abangnya yang mengherot selain hampir semua tulang badannya mengeras menyukarkan remaja ini mengangkat serta mendukungnya memandangkan bilik air agak jauh dari rumah. Muhammad Hakimi turut mengalami s4kit belakang dan lenguh badan kerana terpaksa mendukung abangnya yang mempunyai berat hampir 40 kilogram ke bilik air setiap hari.

Ibu Bapa Cuti Menoreh, Urus Anak Oku Jika…

Memandangkan masih belajar, tanggungjawab menguruskan Muhammad Khairul Anuar akan diambil alih ibu bapanya sekiranya Muhammad Hakimi perlu menghadiri kelas atau menduduki ujian penting.

Pelajar ini menghargai pengorbanan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya mengejar cita-cita biarpun terpaksa cuti menoreh di kebun. Jika tidak menoreh, bermakna mereka tiada pendapatan memandangkan menerima upah harian. Namun mereka tiada pilihan memandangkan Muhammad Khairul Anuar perlu sentiasa diawasi setiap masa.

Bapanya turut membantu Muhammad Hakimi memandikan Muhammad Khairul Anuar.

Cita-Cita Muhammad Hakimi

Muhammad Hakimi yang bercita-cita menjadi jurutera sebaik tamat pengajian, mengakui kehidupan mereka sekeluarga sukar dan sering berdepan masalah kewangan memandangkan ibu dan bapanya hanya menoreh getah sepenuh masa dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Remaja ini bertekad untuk berjaya dalam pelajaran supaya mendapat pekerjaan yang baik untuk mengubah nasib keluarga.

Sememangnya golongan asnaf sebegini wajar dibantu.

Jika kita mempunyai kelebihan, berkongsilah kepadanya melalui ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 70 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Semoga beliau terus cemerlang dan dapat mencapai cita-citanya mengubah nasib keluarga. Semoga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga serta para dermawan yang bakal menyumbang buat beliau.

CATEGORIES

COMMENTS