Pemuda AMANAH seru rakyat Johor jadikan PRN referendum tolak Umno

Pemuda AMANAH seru rakyat Johor jadikan PRN referendum tolak Umno

Pemuda Parti Amanah Negara Perak menyeru rakyat Johor supaya menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai satu referendum bagi memberi pengajaran kepada UMNO supaya tidak sewenang-wenangnya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, pergerakan itu tidak bersetuju PRN diadakan ketika rakyat sedang sengsara dengan ketidakstabilan ekonomi dan bencana yang melanda sebahagian negeri itu.

“PRN Johor ini jelas memperlihatkan sikap sesetengah pihak yang terburu-buru membubarkan DUN Johor tanpa mengambil kira keadaan semasa.

“Walau bagaimanapun, gendang sudah dipalu dan PRN Johor perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas DUN dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru tegas beliau, pergerakan itu bersedia untuk menggerakkan seluruh jentera Pemuda bagi menyantuni pengundi di Johor dalam usaha mendapatkan semula mandat yang telah dicuri sejak ‘Langkah Sheraton’ lagi.

Di samping itu beliau memberitahu, Pemuda Amanah Perak berharap agar konsep payung besar yang telah disepakati dalam Konvensyen Amanah Nasional yang berlangsung semalam dapat diterjemahkan bermula pada PRN Johor dalam berdepan musuh Pakatan Harapan (PH) yang satu iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

CATEGORIES

COMMENTS