Pemuda Perancis ini mengembara ke seluruh dunia dengan motor, sampai Pulau Pinang brek motor kena curi

Pemuda Perancis ini mengembara ke seluruh dunia dengan motor, sampai Pulau Pinang brek motor kena curi

Kebanyakan orang pasti ada cita-cita untuk mengembara ke seluruh dunia. Begitu juga dengan pemuda dari Perancis ini yang hanya menunggang motosikal untuk mengelilingi dunia.

Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa seorang pengembara bernama Sylvain Ratichon Ract terpaksa menangguhkan perjalanannya disebabkan brek motosikalnya dicuri, di Pulau Pinang.

Menurut laporan Info Pertiwi, Sylvain telah memuat naik hantaran melalui group ‘Yamaha XT660Z Tenere’ dan berkongsi cerita tentang apa yang berlaku kepadanya.

Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat

“Brek saya telah dicuri di Pulau Pinang, Malaysia. Saya terperangkap di sini.” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, komponen motosikal yang hilang itu tidak dapat dijumpai di Malaysia. Jadi, dia terpaksa membelinya di negara lain dengan harga yang jauh lebih tinggi, pada harga AUD$1,500 (anggaran RM4,514.00)

Alahai, malunya benda macam ni berlaku di negara kita. Tak kisahlah kena tunggu barang dia pun tak tahu berapa lama nak sampai.

CATEGORIES

COMMENTS