Panas! Fazley Yaakob tempelak DS Vida?, “Shame on you!”

Panas! Fazley Yaakob tempelak DS Vida?, “Shame on you!”

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?” demikian kata-kata cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengulas mengenai kontroversi mulut lancang seorang usahawan kosmetik wanita.

Berkongsi sekeping foto seorang wanita yang ditampal plaster pada bahagian mata, ulas Fazley kekecohan yang berlaku sejak beberapa hari ini tidak akan tercetus seandainya berpegang pada adab orang timur yang mementingkan tatasusila dan hormat antara satu sama lain.

“Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut,” tambah Fazley.

Malah, Fazley menyifatkan tindakan usahawan kosmetik itu memalukan dan membuatkannya hilang rasa hormat.

“Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-oleh semakin buat tabiat.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya,” ujarnya yang tidak menujukan status itu langsung kepada individu tertentu.

CATEGORIES

COMMENTS