Netizen bengang lelaki ini tengking pekerja MCD semasa drive-thru, langsung takde adab

Netizen bengang lelaki ini tengking pekerja MCD semasa drive-thru, langsung takde adab

Kata orang, jika kiita mahu lihat perangai sebenar seseorang itu, kita boleh lihat cara dia melayan pekerja restooran atau staf kedai. Daripada situ, adab seseorang itu boleh dinilai secara kasar.

Baru-baru ini, tuular sebuaah video yang memperlihatkan seorang lelaki menengking pekerja McDonald’s ketika drive-thru. Difahamkan, lelaki ini merakam dirinya sendiri ketika membeli makanan.

Tiba2 tengkiing?

Pada mulanya, semuaanya nampak baik dan normal sahaja ketika lelaki ini membuat pesanan makanan. Namun, dia secara tiba2 menengking pekerja McDonald’s tersebut gara-gara kurang mendengari apa yang dipesannya.

Malah jika dilihat daripada video tersebut, pekerja McDonald’s tersebut dilihat berkata-kata dengan nada yang sopan dan tidak meninggikan suara.

Ditengking sekali lagi

Ketika membuat pembayaran, lelaki ini turut menegur pekerja tersebut agar melayan pelanggan dengan elok. Disebabkan menunggu baki wang sedikit lama, lelaki ini sekali lagi menengking pekerja tersebut.

“Cepat la! Terhegeh-hegeh!”, tengking lelaki ini kepada pekerja itu.

Difahamkan, video ini pada mulanya dimuat naik individu itu di akaun TikTok, namun dipadam selepas menerima kecaman yang banyak.

Bekas pekerja dedah situasi

Video ini mendapat reaksi warganet yang kurang senang dengan lelaki tersebut. Menurut seorang bekas pekerja McDonald’s, kadang kala pekerja di situ bukan sahaja perlu mendengar pesanan pelanggan, malah perlu berkomunikasi dengan pelanggan yang membuat bayaran juga.

Sehingga kini, masih tiada video permohonan maaf atau penjelasan sebenar daripada individu tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS