Warga emas jual kacang hingga larut malam cari rezeki halal, tak akan balik selagi jualan tak habis

Warga emas jual kacang hingga larut malam cari rezeki halal, tak akan balik selagi jualan tak habis

Kadang-kadang jual daun pandan, kadang-kadang jual kacang…Begitulah rutin harian bagi seorang warga emas untuk untuk menampung hidupnya.

Atuk ini akan menjual apa-apa sahaja demi menampung perbelanjaan hariannya memandangkan dia hidup sebatang kara dan tidak punya siapa-siapa.

kacang

Di hujung usianya, dia terpaksa mengerah keringat hingga ke malam agar perutnya terisi. Menurut pemuda yang menyantuni atuk ini, atuk ini tidak akan balik selagi kacangnya tidak habis terjual , mungkin kerana untung jualannya terlalu sedikit dan tidak cukup untuk membeli keperluannya jika tidak terjual semua.

Ya tuan-tuan, atuk ini hanya memperolehi untung beberapa sen untuk setiap jualannya. Dengan untung yang hanya beberapa sen itulah dia membeli segala keperluan dan makanan hariannya.

kacang

Kisah yang dipetik di Facebook Vitaminbae ini telah membuat ramai warganet sebak kerana kasihan melihat keadaan warga emas di usia tuanya masih mengerah tulang empat keratnya demi sesuap nasi.

Berikut perkongsiannya :

Di usia senjanya, kalau ikutkan hanya perlu menghabiskan waktu yang ada untuk berehat di rumah dengan anak cucu. Disebabkan beliau hidup sebatang kara, tiada pilihan pakcik selain terpaksa mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi.

Kadang jual pandan, tapi selalu memang jual kacang, dibelinya secara borong dengan orang di kampung, kemudian dia jual semula dengan untung hanya beberapa puluh sen.

Orang baik yang terjumpa pakcik ni berjualan di kaki lima di bandar Sandakan, kalau berniat sedekah,ambilla sekali kacangnya ya sebab pakcik takkan balik selagi kacangnya tidak habis terjual.

Terima kasih semua yang terus membantu misi-misi kecil kita. Moga Allah redha..

Allahu, sebak..sungguh sebak..

kacang
Atuk ini bekerja hingga ke larut malam 🙁

Di kala rakan seusia yang lain menghabiskan waktu di rumah bermanja dengan anak cucu, atuk ini masih terpaksa mengerah keringat tuanya demi mencari rezeki halal.

Semoga ada sinar buat atuk…

CATEGORIES

COMMENTS