Punca air bertakung di lebuh raya tertinggi di Malaysia akhirnya didedah

Punca air bertakung di lebuh raya tertinggi di Malaysia akhirnya didedah

TULAR video di media sosial mengenai Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Pulau Pinang ditenggelami air hingga menimbul pelbagai reaksi netizen.

Ada netizen menyalahkan pemaju dan Kerajaan Negeri kerana menyiapkan lebuh rya yang tidak sempurna. Malah ada yang mengulangi kontroversi sepanjang pembinaan struktur itu seperti insiden kematian pekerja di tapak binaan akibat tanah runtuh hingga menyebabkan ia lewat disiapkan.

Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi mendakwa kejadian air bertakung di penghujung laluan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon adalah disebabkan hujan lebat.

Namun, berdasarkan siasatan dibuat, sisa daun kering dan sampah-sarap yang dibuang pengguna menjadi punca air bertakung di situ. Jadi kerja pembersihan sudah dijalankan dan laluan kembali sempurna dan selamat digunakan orang ramai.

CATEGORIES

COMMENTS