Banyak sangat permintaan buat review, bikin adik Haziq tertekan

Banyak sangat permintaan buat review, bikin adik Haziq tertekan

Baru-baru ini tular adik Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Mohd Asyraf, si wartawan cilik yang pernah terkenal dengan laporan ular sawa di sebuah longkang di Bukit Selambau.

Selain itu, dia juga turut pernah ‘bertugas’ membuat lintas langsung di pasar tempat ibunya berniaga hingga celotehnya tersebar luas di media sosial. Ia tular oleh kerana kepetahannya berkata-kata dan setiap lontaran katanya lancar dan jelas.

Terdahulu, adik Haziq juga dijemput oleh Jabatan Penerangan di daerahnya untuk membuat pengumuman mengenai vaksin dos penggalak. Sejak dari itu, nama beliau semakin disebut-sebut oleh media dan sudah pasti banyak jemputan beliau.

Hari ini juga, adik Haziq turut berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Namun siapa sangka, di sebalik ‘kesibukan’ ini, beliau juga dikatakan agak sedikit tertekan dengan permintaan sesetengah pihak.

Tertekan jadi buruan

Menurut Awani, adik Haziq terus menjadi ‘buruan’ ramai pihk semenjak namanya melonjak naik, termasuklah usahawan-usahawan Malaysia. Ia sudah pastilah untuk tujuan pemasaran dan mempromosikan produk-produk mereka.

Khabarnya, jelas Awani, adik Haziq sampai ‘tak menang tangan’ sejak seminggu lalu kerana terlalu banyak panggilan diterima olehnya. Oleh sebab itu, pelajar berusia 12 tahun itu dilapor mengalami ‘tekanan’.

Bagi memastikan pelajaran anak petah ini tak terganggu, ibunya, Nur Shakilla Zainol akan sentiasa memantau jadual adik Haziq bagi memastikan dia tidak terbeban dengan situasi tersebut.

Kata Awani, dalam minggu ini sahaja Nur Shakilla telah menolak 20 tawaran  untuk ‘ulasan’ produk daripada beberapa buah syarikat kerana mahu anaknya mempunyai rehat yang cukup.

“Sekarang ini hari Rabu dan Khamis dia bersekolah, (Dia) tidak boleh (buat) sebarang aktiviti (seperti mengulas produk) nanti dia letih, dia kena rehat banyak.

“(Sebenarnya) banyak (tolak jemputan), dalam 20 macam itu untuk minggu ini sahaja, jemputan macam review produk, (saya) bagi alasan dia tidak sihat (dan) bersekolah.

“Haziq (ini sebenarnya) okey, dia macam kalau (kena buat perkara yang) dia minat memang dia nak, kalau tak minat (kita) tidak boleh nak paksa,”

Kata Nur Shakilla kepada Awani selepas program media merealisasikan hajat adik Haziq yang berkeinginan menaiki jentera bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, maklum Awani lagi.

CATEGORIES

COMMENTS