Guru agama direman berhubung siasatan kes liwat pelajar tahfiz

Guru agama direman berhubung siasatan kes liwat pelajar tahfiz

Seorang guru agama sebuah tahfiz di Kemaman direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes liwat beberapa penghuni pusat berkenaan, minggu lalu.

Suspek yang berusia 23 tahun itu ditahan atas dakwaan meliwat penghuni pusat terbabit yang berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata suspek ditahan polis di Pekan, Pahang kira-kira jam 11 malam semalam dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman.

“Polis mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini. Suspek sudah diberhentikan tugas oleh pengurusan pusat terbabit dan kita turut menyiasat latar belakang suspek.

“Kita percaya ada lagi pelajar lain yang turut menjadi mangsa dan kita meminta mangsa lain yang menjadi mangsa tampil membuat laporan,” katanya.

Hanyan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

CATEGORIES

COMMENTS