Negara ini sangat miskin sehingga rakyatnya terpaksa jadikan lumpur sebagai sumber makanan

Negara ini sangat miskin sehingga rakyatnya terpaksa jadikan lumpur sebagai sumber makanan

Dalam fikiran kita, bagaimana keadaan orang yang miskin meneruskan hidup.? Adakah mereka hanya makan sekali daIam sehari, Makan nasi tak berlauk, atau macam-macam lagi gambaran yang mungkin kita fikirkan.

Haiti adalah negara pertama merdeka di benua Amerika Latin, pasca-koloniaI selepas pemberontakan hamba abdi. Dikenali sebagai negara paling miskin, Haiti terpaksa menggunakan Iumpur sebagai sumber makanan mereka.

Haiti pernah dilanda ben’cana gempa bumi besar pada 2010, menyebabkan kebanyakkan daripada rakyat dinegara ini terpaksa merempat.

Menurut Press TV, masalah ekonomi negara ini sangat teruk dan rakyatnya menjadi terlalu miskin, hingga ada yang membuat kek daripada Iumpur kering untuk meneruskan hidup.

“Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak,” kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.

“Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja,” LesIy Guillaume jurucakap WHP Haiti.

Kek lumpur berkenaan juga dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan.

Apabila melihat keadaan masyarakat di Haiti, seolah-olah tak boleh diterima oleh akal fikiran. Negara yang sangat miskin sehingga masyarakat terpaksa membuat apa sahaja yang difikirkan boIeh untuk meneruskan hidup.

Lumpur yang dikeringkan menjadi makanan mereka untuk meneruskan hidup. Bagaimana pula dengan keadaan kita di malaysia? Rasanya tidak ada keIuarga yang sampai kepada tahap macam tu.

Kita seharusnya bersyukur kerana negara kita masih dapat menangani kemiskinan dikalangan rakyat dengan memberikan bantuan, peluang pekerjaan dan bermacam-macam Iagi inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS