Panas! Hamzah akhirnya ulas laporan 2 menteri Bersatu bakal lompat ke Umno

Panas! Hamzah akhirnya ulas laporan 2 menteri Bersatu bakal lompat ke Umno

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa semua pihak agar tidak percaya dengan khabar angin bahawa dua menteri daripada parti itu akan menyertai UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu merupakan ‘psywar’ atau perang psikologi sesetengah pihak.

“Senang sahaja kalau khabar angin tak usah percaya. Kalau surat layang lagi jangan percaya.

“(Tetapi) kalau diumumkan oleh orang yang betul-betul nak keluar, percayalah,” pada sidang akhbarnya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-INDUK) bilangan satu tahun 2022 di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa dua menteri Bersatu mahu menyertai semula UMNO.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, perang psikologi yang dibuat oleh ahli-ahli politik tentang perkara terbabit adalah untuk kepentingan mereka yang berjuang untuk parti.

“Perang psikologi orang dalam politik ini adalah untuk kepentingan mereka yang berjuang untuk parti mereka. Itu biasa berlaku.

“Kenapa nak berlaku bila nak ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Hanya untuk memaklumkan kepada rakyat Johor jangan percaya Bersatu. Pemimpin dia pun nak balik UMNO. Itulah cara perang psikologi orang,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS