Ubah warna kenderaan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan saman!

Ubah warna kenderaan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan saman!

Perlu ada kelulusan terlebih dahulu baru boleh melakukan perubahan warna pada kenderaan.
Antaranya:

1) Cat kenderaan terlebih dahulu mengikut warna pilihan korang. Sila pastikan ia tidak melebihi daripada dua warna.

2) Selepas itu bawa kenderaan korang ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan pertukaran warna.

3) Isi siri borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan), selepas itu serahkan kepada pegawai atau staff yang bertugas.

4) Pegawai JPJ akan menyemak warna pada kenderaan untuk tujuan kelulusan.

5) Jika warna tersebut diluluskan, pegawai JPJ akan membatalkan warna asal kereta pada geran asal dan warna baru akan dikemas kini di dalam sistem komputer. Cop kelulusan juga akan diberikan.

6) Kos untuk kelulusan pertukaran warna itu juga adalah percuma.
Psst: Semoga bermanfaat kepada semua 😊

CATEGORIES

COMMENTS