Pengguna Malaysia duduki tangga ke-3 dengan ketagihan telefon pintar paling teruk di dunia

Pengguna Malaysia duduki tangga ke-3 dengan ketagihan telefon pintar paling teruk di dunia

Baru-baru ini penyelidik dari Universiti McGill, Kanada telah menjalankan kajian mengenai penggunaan telefon pintar antara 2014-2020 melibatkan 34,000 peserta dari 24 negara seluruh dunia.

Menerusi kajian itu, didapati Malaysia berada pada tangga ketiga dengan penggunaan telefon pintar paling tinggi atau kata lainnya ketagihan telefon pintar paling teruk.

Pengguna negara China memegang posisi pertama manakala negara kedua paling ketagih menggunakan telefon pintar adalah Arab Saudi.

Kajian ini telah disiarkan dalam jurnal Computers in Human Behaviour dan memfokuskan kepada pengguna muda yang berumur dari 15 hingga 35 tahun dengan purata berumur 28.8 tahun serta kebanyakannya adalah wanita (60%).

Penyelidik memberi kesimpulan bahawa kepelbagaian norma sosial dan juga jangkaan budaya menjadi sebab perbezaan bagaimana pengguna dari pelbagai negara menggunakan telefon pintar.

Menurut mereka, negara yang menduduki tempat terakhir carta iaitu Jerman dan Perancis lebih bersifat individu dan tiada jangkaan budaya yang tinggi.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti, ketagihan penggunaan telefon pintar sebenarnya semakin meningkat dari tahun ke tahun memperlihatkan ia merupakan isu global.

CATEGORIES

COMMENTS