Asmuni bertemu Datuk Bandar Ipoh bincang isu Dun Manjoi

Asmuni bertemu Datuk Bandar Ipoh bincang isu Dun Manjoi

Petang ini saya mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Ipoh YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin di pejabat beliau. Di dalam pertemuan ini saya membangkitkan beberapa perkara untuk tindakan pihak MBI.

Antara perkara yang saya bangkitkan ialah penurapan semula jalan-jalan di Taman Chepor Impian, menaik taraf Medan Selera Taman Meru, pemotongan pokok di Taman Tawas Mewah dan Taman Meru 2C, isu lot Tanah di Lorong Juara Kg Manjoi dan beberapa isu berbangkit berkenaan Pasar Manjoi.

YBhg. Dato’ Rumaizi telah memberi komitmen untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan dengan kadar segera.Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Rumaizi yang sudi meluangkan masa untuk menerima kunjungan saya pada petang ini.

Asmuni Awi

CATEGORIES

COMMENTS