Bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, akhirnya Farhash buka mulut jelaskan perkara yang sebenar

Bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, akhirnya Farhash buka mulut jelaskan perkara yang sebenar

Bekas Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan April ini.

“Tapi pasti (saya) akan cuba untuk bantu angkat rakan-rakan seperjuangan yang ikhlas,” katanya kepada FMT.

Farhash meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim Disember lalu sebelum mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua PKR Gombak yang disandang Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Susulan itu, spekulasi meluas bahawa Farhash mungkin bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kosong sejak dua tahun lalu selepas Mohamed Azmin Ali dipecat oleh parti itu pada 24 Feb 2020. Seorang lagi yang diwar-warkan mungkin bertanding jawatan nombor 2 parti itu ialah Rafizi Ramli.

Farhash berkata, sebagai bekas Ketua PKR Perak, beliau sudah memenuhi amanah untuk memantapkan parti itu di negeri berkenaan, termasuk menambah keahlian akar umbi.

Justeru, beliau menganggap misinya di Perak selesai selepas melakukan “pembersihan dan pemantapan” yang diperlukan.

“Kerja saya di Perak dah selesai. Boleh lihat dengan jumlah kenaikan berpuluh ribu ahli baharu dan cawangan yang mendadak,” katanya kepada FMT.

Menurut Farhash, PKR Bahagian Kuala Kangsar yang pernah diterajuinya mempunyai jumlah keahlian kedua tertinggi dalam negara.

Minggu lalu, Anwar selaku Presiden PKR, mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye sebagai Pengerusi Sementara PKR Perak sehingga pemilihan parti April ini.

CATEGORIES

COMMENTS